Pages

Tuesday, April 5, 2011

Belajar SEO

Post kali ini aku nak kongsikan satu (trik) elemen penting  dalam arena blogging iaitu SEO.Ini berdasarkan pemahaman yang aku faham tentang SEO ler,aku yakin anda semua pasti sudah tahu bukan apa itu SEO tapi jika ada di antara anda yang tidak tahu dan masih blur berkaitan dengan SEO boleh lah teruskan membaca post ringkas ini
SEO adalah singkatan Search Engine Optimization  atau dalam terma bahasanya adalah “Pengoptimuman Enjin Carian”.Secara umum SEO ( Search Engine Optimization) adalah satu usaha yang dapat kita lakukan untuk meningkatkan rangking website atau blog  kita di mata search engine (enjin carian), atau berusaha untuk menaikkan SERP (search engine results page).Senang citer “bila ada orang search kat google maka blog anda terpampang dekat page no 1″ 
how to succeed at getting search 279x300 Belajar SEO
Tujuan utama dalam usaha SEO ini adalah untuk mendapatkan pengunjung atau trafik ke blog/website kita melalui enjin carian (search engine) seperti Google, Yahoo, MSN dan lain-lain. Semakin baik rangking blog di mata enjin carian, maka akan semakin banyak pengunjung yang akan mengunjungi blog/website kita,kan dah dapat traffik free daripada google huhu.Itulah pentingnya mengapa kita perlu Belajar SEO.
Jika nak belajar mendalam pasal SEO ni memang makan masa ler,lambat..,so di sini aku akan kongsikan beberapa trik mudah (asas) yang telah di pakai guna oleh webmaster yang mana sudah terbukti berkesan dan kini sedang aku usahakan untuk blog ini. icon smile Belajar SEO
ON PAGE SEO ( Teknik SEO yang ada dalam website/blog)
  • Mengubah setting Permalinks
biasa permalink anda seperti ini : http://officemaya.com/?p=123
Klik Custom Structure : masukkan permalink ini : /%category%/%postname%/
contoh akan jadi  seperti ini >>> http://officemaya.com/tips-seo/belajar-seo/
  • Untuk kali pertama setelah buat blog/website yang perlu anda perhatikan adalah berikut :
Perhatikan Title atau tajuk utama blog anda. Sesuaikan tajuk/Title dengan keyword yang akan anda optimisasi. Contohya adalah sebagai berikuti :
<html xmlns=“http://www.w3.org/1999/xhtml” dir=“ltr” lang=“en-US”>
<head profile=“http://yourblog.org/xfn/11?>
<title>Blog Buat Duit Dengan Mudah</title>
  • Tentukan Tag Keyword yang sesuai dengan isi kandungan blog anda tersebut.
<meta name=“keywords” content=“belajar buat blog, belajar seo,bisnes internet, buat duit dengan blog, download free,” />
  • Menentukan Tag untuk Description blog anda :
<meta name=”description” content=”Cara mudah bina blog yang akan menguntungkan anda bla..bla..bla” />
  • Penggunaan Bold, <h1>your keyword</h1> , Underline, dan perbezaan warna isi kandungan blog juga sangat menpengaruhi  dalam memaksimunkan pengoptimuman sesuatu keyword.
  • Perbanyakkan posting artikel serta Page tentang topik tertentu (sangat mempengaruhi index dari topik tersebut).
  • Jika anda memakai WordPress sebaiknya selalu isikan Tags anda yang sesuai dengan topik dan keywords yang mahu di optimisasi.
  • Selain itu boleh gunakan plugin-plugin SEO yang ada contoh :  All-In-One-SEO
Rasanya setakat ini dulu untuk kali ini..Nantikan post aku yang akan datang..Belajar SEO 2 (off page SEO)

No comments:

Post a Comment